Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  | 


 

CD:15/07/2012

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

  • State: Kedah
  • Country: Malaysia
  • Listed: July 8, 2012 7:33 pm
  • Expires: This ad has expired

Description



Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam lembaga Sumber Air Negeri Kedah Darul Aman (keutamaan diberi kepada rakyat Negeri Kedah) seperti yang dinyatakan di bawah ini

1. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17

SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN

i) Sijil pelajaram Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia (Gaji Permulaan P1 : RM937.03).

ii) Bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat sarjan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan (Gaji Permulaan P1 : RM937.03).

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut

i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa berkasut
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita
iii) Mempunyai ukuran dada biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 844sm (Lelaki Sahaja)
iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan v/6/9 tanpa menggunakan cermin mata
v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat dan;
vi) Diakui sihat oleh pegawai perubatan kearajaan

c) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) (i) atau (ii) di atas hendaklah memperoleh Kepujian Dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (Termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

TARAF JAWATAN

Taraf jawatan adalah kontrak

CARA MEMOHON

Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan yang dikeluarkan oleh lembaga sumber air negeri kedah darul aman dengan harga RM2.00. borang boleh diperoleh di

Pejabat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah
Aras 1 Blok E
Wisma Darulaman,
05503 Alor Setar
Kedah Darul Aman

Pemohon yang berkelayan sebagaimana yang ditetapkan di atas sahaja layak memohon. Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan sekeping gambar terbaru (Ukuran Pasport), salinan kad pengenalan salinan perakuan beranak/sijil lahir salinan semua sijil persekolahan sijil berhenti sekolah salinan ijazah /diploma/sijil/transkrip keputusan semua semester dari IPT yang diiktiraf oleh kerajaan yang dikeluarkan oleh unit pemgiktirafan kelayakan jabatan perkhidmatan awam, Malaysia bagi pemegang ijazah/diploma/sijil dari IPT luar Negara atau IPT swasta dan salinan dokumen-dokumen lain yang telah disahkan
Tandatangan pengesahan salinan sijil/dokumen hendaklah dilengkapi dengan cop nama dan jawatannya. Semua salinan/dokumen hendaklah bersaiz A4.

ASAS TAPISAN

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dippanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan rusan ini adalah muktamat

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

a) Borang permohonan yang lengkap hendaklah di hantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 31cm dan disudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon dan di hantar ke alamat

PENGARAH
LEMBAGA SUMBER AIR NEGERI
NEGERI KEDAH DARUL AMAN
ARAS 1 BLOK E WISMA DARUL AMAN
05503 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN

b) Tarikh tutup permohonan 15 JULAI 2012

MORE INFO KLIK SINI



Ad Reference ID: 1684ff9e05fe66f8

Subscribe Now!! FREE

Vacancies info direct to your MailBox :



More Job Vacancies Info ..

Join Our Facebook!!

Stats