Universiti Selangor yang juga dikenali sebagai UNISEL merupakan sebuah Universiti swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ditubuhkan pada tahun 1999, dan sehingga kini ia menawarkan pelbagai kursus di bawah graduan dan pasca siswazah yang terletak di kampus Shah Alam dan Bestari Jaya. Lokasinya yang strategik, secara tidak langsung UNISEL memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial negeri.

Applications are invited from Malaysian citizens who are qualified to fill the following positions:

1. PENGATURCARA F29

Tarikh tutup permohonan 20 November 2020
Lokasi penempatan : UNISEL Selangor
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

TATACARA MEMOHON

a) Calon yang berminat hendaklah mengemukakan Borang Permohonan beserta gambar berukuran passport terkini, sijil-sijil yang telah disahkan dan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat berikut :

i. Maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan, alamat surat menyurat, nombor telefon dan email untuk dihubungi;

ii. Maklumat pendidikan dan pengalaman kerja;

iii. Anugerah dan hadiah yang diterima di mana-mana peringkat;

iv. Sumbangan-sumbangan kepada komuniti masyarakat / penduduk setempat / kariah dan sebagainya.

b) Permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :

Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya
Selangor

Tel : 03-3280 5058 / 03-3280 5077

c) Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat.

d) Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 20 November 2020.

e) Lain-lain:

i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

iii) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Iklan dan borang permohonan jawatan disini
Advertisement