Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan seperti senarai dibawah.Kepada sesiapa yang berminat bekerja di sektor Kerajaan dan swasta yang berkelayakan dipelawa untuk memohon sekarang juga iaitu :-

1. Guru Tabika KEMAS 2020

Tarikh tutup permohonan : 26 Disember 2019 hingga 09 Januari 2020
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA/TASKA) TAHUN 2020  

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai info jawatan kosong yang ditawarkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ini, sila klik pautan yang disediakan di bawah.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN GURU TABIKA KEMAS

Sebelum anda mengemukakan permohonan, pastikan anda memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KEMAS. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c) diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan
(d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Permohonan Guru Tabika KEMAS 2020 ini terbuka kepada calon lelaki atau perempuan. Yang telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma serta transkrip. Nilai CGPA 2.70 ke atas dan tidak berkhidmat sebagai kakitangan tetap kerajaan.
Advertisement