Format exam PTD 2014
Sedia maklum format exam PTD 2014 telah pun ditetapkan oleh pihak SPA. Cuma format pada tahun ini ada sedikit perubahan memandangkan peperiksaan dijalankan secara online. Pada tahun lepas format exam PTD adalah seperti berikut :– Seksyen A – Pengetahuan Am
– Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
– Seksyen C – Pengertian dan Kefahaman Terhadap Esei
– Seksyen D – Esei Bahasa Melayu
– Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris
Itu adalah format exam pada tahun lepas dimana ianya dijalankan secara offline. Tapi kini peperiksaan dijalankan secara online sebagaimana exam Penguasa Kastam W41 baru-baru ini. Maka format exam PTD pada tahun 2014 ialah :
– Seksyen A – Pengetahuan Am
– Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
– Seksyen C – Ujian Psikometrik
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan – soalan akan dibahagikan kepada 3 seksyen
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 40
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
i) Kemahiran Menggunakan Logik
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain, kerana soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).
SEKSYEN C : UJIAN PSIKOMETRIK
Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran. Contoh Soalan
Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41
Untuk persediaan yang lebih rapi menjelang peperiksaan, saya cadangkan anda untuk mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya ini.
Kelebihan Pakej Rujukan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini:
Bagaimana boleh saya dapatkan panduan ini?
Oleh kerana panduan ini adalah sangat istimewa, ia akan dibuka untuk jualan pada waktu yang sangat terhad sebelum peperiksaan dijalankan. Sekiranya anda berminat menjadi orang yang pertama mendapatkan panduan ini, anda boleh mendaftar dengan kami melalui link di bawah. Pihak kami akan menghubungi anda apabila jualan dibuka kelak.
Advertisement