Jawatan kosong yang ditawarkan:
1) JAWATAN: PENGURUS ASRAMA (GRED N41)
SYARAT KELAYAKAN:
-Warganegara Malaysia;
-Berumur tidak melebihi dari 56 tahun pada tarikh lantikan jawatan;
-Berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau;
-Berkelayakan Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya
10 tahun dalam bidang berkaitan dan;
-Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS:
-Bertanggungjawab merancang,mengurus, memastikan pelaksanaan pengurusan
asrama kediaman, memantau pentadbiran am dan sumber manusia, penempatan
pelajar, menyelenggara bangunan serta membangunkan sahsiah diri pelajar.
-Turut bertanggungjawab menasihati pengurusan Hal Ehwal Pelajar mengenai
hal-hal pengurusan asrama kediaman dan pembangunan pelajar, sama ada
melulus atau menolak permohonan penginapan pelajar dan memantau
aktiviti-aktiviti pembangunan pelajar di peringkat asrama kediaman.
2) JAWATAN: PENOLONG PENGURUS ASRAMA (GRED N27)
SYARAT KELAYAKAN:
-Warganegara Malaysia;
-Berumur tidak melebihi dari 56 tahun pada tarikh lantikan jawatan;
-Berkelayakan Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
-Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS:
-Bertanggungjawab mengurus pelajar dan asrama kediaman dengan kerjasama
Pengurus Asrama dalam melancarkan pentadbiran asrama berkaitan dengan
pelajar, fasiliti dan kemudahan – kemudahan asrama yang lain.
3) JAWATAN : PEMANDU BAS (PSV)/ PEMANDU (R6)
SYARAT KELAYAKAN:
-Warganegara Malaysia;
-Berumur tidak melebihi dari 56 tahun pada tarikh lantikan jawatan;
-Berkelayakan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/Penilaian Menegah Rendah
(PMR) atau sekurang-kurangnya Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan
penuh kerajaan.
-Memiliki lesen memandu Kelas B2/D/E yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ)(kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan
(P)).
-Memiliki lesen memandu E-Bas BTM > 7500 KG dan lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV).
-Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor
berkenaan diliputi oleh skim ini dan juga berkebolehan bertutur, membaca
dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
CATATAN AM :
Pemohon yang berminat hendaklah menyertakan resume (sila sertakan dua
(2) nama sebagai rujukan beserta alamat penuh dan nombor telefon untuk
dihubungi) dan sijil-sijil berkaitan. Borang permohonan boleh dimuat
turun dari laman web rasmi Unisel -
KLIK DISINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :-
Pengurus Besar
Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor
Kampus Bestari Jaya
Jalan Timur Tambahan
45600 Bestari Jaya
Selangor
U/P : Unit Perjawatan & Khidmat Sokongan
Tel : 03-3280 5077 / 5058
Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah
kanan sampul surat.
Permohonan juga boleh diemel ke
perjawatan@unisel.edu.my
Subjek (tajuk) emel adalah mengikut jawatan yang dipohon.
Contoh : Pengurus Asrama / Penolong Pengurus Asrama / Pemandu Bas
Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum
16 Jun 2014.
CATATAN AM:
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan
pada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Advertisement