Warganegara Malaysia terutama Rakyat Negeri Pahang yang berkelayakan dan
mempunyai minat dalam kerja pengauditan adalah dipelawa untuk mengisi
jawatan kosong seperti berikut:-
1. PEGAWAI PERTANIAN GRED G41
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PERTANIAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
2. JADUAL GAJI : Gaji Minimum – Gaji Maksimum
Gred G41 : RM1,914.74 – RM6,804.02
3. SYARAT LANTIKAN : Calon
bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;(Keutamaan Rakyat Negeri Pahang)
(b) berumur tidak kurang daripada 25 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Mempunyai Kelulusan:-
(i) Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian atau Sains Hortikultur yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi–Institusi Pengajian Tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji
permulaan RM2,221.37 – P1 T4); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang kimia atau
biokimia yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi
Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji permulaan RM2,221.37 – P1 T4); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi
Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji
permulaan RM2,323.57 – P1 T4);
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.dan
(e) Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang perladangan kelapa sawit.
4. TARAF JAWATAN : TETAP
5 SYARAT KENAIKAN PANGKAT : Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan
SECARA LANTIKAN
Penolong Pegawai Pertanian adalah layak dipertimbangkan untuk Kenaikan
Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pertanian Gred G41, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan
dan:-
(a) mempunyai kelayakan di perenggan C di atas; dan
(b) berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.
6. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT- : Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan
SYARAT SKIM PERKHIDMATAN Pegawai Pertanian adalah
tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang
berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa
ke semasa.
7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 23 Ogos 2013 (Jumaat)
CARA MEMOHON
(i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKPP 1 yang boleh
diperoleh melalui Website: www.lkpp.gov.my atau datang sendiri ke
Bahagian Pentadbiran LKPP di Ibu Pejabat LKPP Negeri Pahang, Jalan
Gambut, Kuantan.
(ii) Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang.
(iii) Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar
berukuran pasport, salinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil
keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah disahkan
daripada salinan asal.
(iv) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat
dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah dibuat
melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21.
(v) Semua permohonan hendaklah dialamatkan seperti berikut:
Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian
Negeri Pahang
Jalan Gambut
25990 KUANTAN.
(vi) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima untuk dipertimbangkan.
CATATAN AM
¥ Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
¥ Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
¥ Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan
selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap
permohonan mereka tidak berjaya
MORE INFO KLIK SINIAdvertisement