ajlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang berhasrat menjadi peneraju & role model kepada latihan kemahiran negara terunggul yang bertaraf dunia memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, inovatif dan kreatif, berdaya saing serta memiliki minda kelas pertama untuk menerajui MARA ke arah kecemerlangan di persada dunia. Penduduk tempatan Sarawak yang memiliki ciri-ciri tersebut serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA adalah dipelawa untuk mengisi jawatan seperti berikut :-
1. PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL J41 (Bidang Mekanikal, Petroleum, Elektrik & Elektronik)
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
3. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
4. JURUTEKNIK (BANGUNAN) J17
5. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK R17
CARA MEMOHON : a. Permohonan hendaklah dibuat secara online yang boleh dilayari melalui laman web MARA iaitu
b. Tarikh permohonan dibuka bermula daripada 9 November 2010 hingga 21 November 2010.
c. Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah melengkapkan borang elektronik dilaman web MARA. Pemohon hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan sijil-sijil kelulusan yang disahkan dan lain-lain dokumen, Kenyataan Perkhidmatan serta Laporan Prestasi Tahunan terkini dibawa bersama semasa temuduga.
d. Bagi kakitangan yang sedang berkhidmat dengan MARA, salinan sijilsijil kelulusan yang disahkan dan lain-lain keterangan peribadi beserta LAPORAN SULIT KHAS yang dimeteri oleh Ketua Jabatan masingmasing hendaklah dibawa bersama semasa temuduga.
e. Tarikh tutup permohonan ialah pada 21 November 2010.