Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia lepasan
Ijazah yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam
Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Calon-calon yang
berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk
menjalani latihan Pegawai Kadet di Kolej Tentera Darat (KTD), Kolej
Tentera Laut, Kapal Diraja Sultan Idris I (KDSI I) TLDM dan Kolej
Tentera Udara (KTU). ATM amat menghargai kesunguhan calon-calon yang
berminat untuk menyertai sebagai Pegawai yang mempunyai semangat juang
yang tinggi, berdedikasi serta sanggup berkorban demi mempertahankan
tanahair tercinta.
Jantina
Lelaki – TDM, TLDM dan TUDM
Wanita – TLDM dan TUDM.
Umur. Tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2014.
Taraf Kesihatan. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang
dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM. Tahap Penglihatan ialah 6/6 tanpa
kaca mata dan kanta lekap serta memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh
(DKT) – Forward Everywhere (FE).
Maklumat lanjut dan permohonan jawatan sila layari http://www.Jobsmalaysia.gov.my