Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  | 

Biasiswa Yayasan Khazanah (Khazanah Nasional Berhad) | Scholarship 2013

| Malaysia Scholarships | November 3, 2012

Logo Biasiswa Yayasan Khazanah Nasional Berhad
Yayasan Khazanah merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan di bawah kelolaan Khazanah Nasional Berhad, bertujuan untuk mengenalpasti, memilih dan membiayai individu dengan pencapaian akademik cemerlang dan potensi kepimpinan untuk melanjutkan pengajian di universiti-universiti terkemuka, sama ada di Malaysia atau di luar negara.
Yayasan Khazanah turut membentuk dan melaksanakan program-program biasiswa, menyediakan bantuan, insentif dan penajaan kepada individu cemerlang. Objektif jangka panjang Yayasan Khazanah adalah untuk membangun dan mewujudkan kumpulan individu berpotensi dengan kelayakan akademik cemerlang dan kemahiran kepimpinan yang mampu menjadi pemimpin perniagaan dan industri di Malaysia.

Terdapat 5 jenis biasiswa Yayasan Khazanah yang boleh dipohon mengikut kesesuaian dan kelayakan:

Khazanah Global Scholarship Programme

Khazanah – Oxford Centre for Islamic Studies Merdeka Scholarship Programme
Khazanah – Cambridge Scholarship Programme
Khazanah Watan Scholarship Programme

Khazanah Asia Scholarship Programme

1. Program Biasiswa Khazanah Global (Khazanah Global Scholarship Programme)

Biasiswa ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang merancang untuk meneruskan atau sedang mengikuti pengajian prasiswazah dan pascasiswazah di universiti-universiti terkemuka di luar negara.

Program biasiswa tajaan Khazanah Global ini merupakan satu anugerah berprestij yang menawarkan peluang terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berkelayakan dan merancang untuk menyambung pengajian atau sedang mengikuti pengajian prasiswazah dan pascasiswazah di universiti-universiti terpilih seluruh dunia.

Di samping itu, penerima program biasiswa Khazanah Global juga disediakan dengan latihan kepimpinan dan pendedahan kerja di beberapa organisasi terkemuka di Malaysia. Tempoh penajaan biasiswa Khazanah Global adalah sepanjang pengajian, sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran kemasukan, tertakluk kepada terma dan syarat Yayasan Khazanah.

2. Program Biasiswa Khazanah Merdeka – Pusat Pengajian Islam Oxford (Khazanah – Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) Merdeka Scholarship Programme)

Tajaan biasiswa Yayasan Khazanah ini merupakan kerjasama antara Yayasan Khazanah dan Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), United Kingdom. Ia bertujuan untuk membolehkan pelajar Malaysia yang cemerlang untuk menjalankan kajian sarjana di Universiti Oxford dalam pelbagai bidang.

Calon hendaklah menunjukkan tahap pencapaian akademik yang tinggi dan bagaimana kajian mereka dapat memberi sumbangan kepada keperluan masa depan Malaysia. Objektif jangka panjang program ini adalah untuk mewujudkan kumpulan bakat Malaysia yang memiliki pencapaian cemerlang dalam akademik dan kemahiran kepimpinan yang penting bagi membentuk para pemimpin perniagaan dan industri pada masa depan.

Khazanah – Oxford Centre for Islamic Studies Merdeka Scholarshipsini termasuklah yuran universiti dan kolej, penginapan dan elaun sara hidup, dan tambang tiket kapal terbang pergi balik.

3. Program Biasiswa Khazanah – Cambridge (Khazanah – Cambridge Scholarship Programme)Biasiswa Khazanah-Cambridge mula ditubuhkan pada tahun 2009 hasil tajaan bersama Yayasan Khazanah, Cambridge Commonwealth Trust dan Pusat Pengajian Komanwel Malaysia. Ia bertujuan untuk menyediakan penajaan kewangan kepada rakyat Malaysia yang merancang untuk belajar untuk ijazah sarjana muda dan sarjana di Universiti Cambridge.

Biasiswa Yayasan Khazanah ini meliputi tempoh penuh kursus pengajian, dan menyediakan yuran pengajian, perbelanjaan sara hidup bulanan, tambang tiket kapal terbang pergi balik dan peruntukan lain seperti elaun buku dan elaun akhir pengajian.

4. Program Biasiswa Khazanah Watan (Khazanah Watan Scholarship Programme)

Biasiswa Khazanah Watan adalah satu anugerah berprestij yang menawarkan peluang untuk rakyat Malaysia berbakat dan berprestasi tinggi untuk melanjutkan pengajian Sarjana Muda dan Sarjana di universiti-universiti tempatan yang terpilih.

Tujuan program biasiswa Yayasan Khazanah ini adalah untuk melatih rakyat Malaysia berbakat dalam mengubah badan-badan GLC menjadi perniagaan yang berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa, serta menggalakkan individu yang mempunyai kelayakan akademik cemerlang untuk meneraju dan mengambil bahagian dalam inisiatif penyelidikan yang akan menyumbang kepada kemajuan reputasi universiti berkaitan dalam penyelidikan dan inovasi.

5. Program Biasiswa Khazanah Asia (Khazanah Asia Scholarship Programme)

Yayasan Khazanah percaya bahawa pendidikan yang baik memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membentuk dan membina masa depan yang lebih baik. Dengan tujuan untuk menyumbang ke arah pembangunan sosial di negara-negara operasinya, Yayasan Khazanah berusaha untuk membangunkan pemimpin yang berpotensi memberi sumbangan berharga kepada negara mereka.

Justeru itu, Biasiswa Khazanah Asia diwujudkan hasil kerjasama antara Khazanah Nasional dan rakan kongsi serta pelaburnya untuk calon-calon dari Bangladesh dan Indonesia yang layak untuk melanjutkan pelajaran prasiswazah dan pascasiswazah mereka di universiti terpilih di Malaysia.

Share This:

Biasiswa Tajaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Untuk Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

| Malaysia Scholarships | November 3, 2012

6 Biasiswa Tajaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Untuk Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

1. Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP)Tajaan biasiswa ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama di IPT tempatan dalam bidang-bidang tertentu yang dikenalpasti keperluannya di politeknik dan kolej komuniti, dan juga lepasan diploma / matrikulasi bagi pengajian ke luar negara. Pada dasarnya, pelajar tajaan skim ini akan dilantik sebagai tenaga pengajar di politeknik dan kolej komuniti selepas tamat pengajian dan memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan.

Bantuan pelajaran ini diwujudkan sebagai satu galakan kepada pemohon yang mempunyai potensi akademik yang cemerlang dan aktif dalam bidang sukan untuk meneruskan pengajian di IPT daripada peringkat diploma sehinggalah ke tahap PhD. Walau bagaimanapun, bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tawaran biasiswa hanya untuk pengajian di IPT Awam sahaja. Antara tujuannya adalah untuk memastikan atlet pelajar yang mengikuti pengajian di IPT terus cemerlang dalam bidang sukan dan akademik.
Program bantuan kewangan untuk program bertaraf asasi diwujudkan di Kementerian Pengajian Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pelajaran Malaysia setelah Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan. Program bantuan kewangan ini mula ditawarkan bermula sesi pengambilan pelajar 2005/2006. Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk semua pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi tanpa mengira taraf pendapatan.
Tajaan ini khusus untuk pelajar kolej komuniti peringkat sijil yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isirumah tidak melebihi RM1500 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.
Pinjaman pendidikan ini merupakan satu Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Kewangan 1957. Pinjaman ini diberikan kepada pelajar kolej komuniti di peringkat sijil sebagai langkah untuk membantu pelajar melanjutkan pengajian di peringkat separa profesional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan seterusnya memberi peluang kepada mereka menceburi bidang ekonomi dengan lebih berkesan.
Mulai tahun 2011, program Sijil Kolej Komuniti (SKK) telah diganti dengan Sijil Modular Kebangsaan (SMK) di semua kolej komuniti sebagai sokongan untuk program pembelajaran sepanjang hayat (PSH). Tajaan ini dikhaskan untuk pelajar yang mengikuti program Sijil Modular Kebangsaan di kolej komuniti tempatan.

Share This:

LIST OF SCHOLARSHIPS MALAYSIA 2011 | 2012 | SENARAI BIASISWA 2011 SPM

| Federal, General, Tips | October 17, 2011

SENARAI BIASISWA LEPASAN SPM 2011

Pelajar SPM boleh memohon Biasiswa yang telah saya senaraikan dibawah. KhususBiasiswa 2011 untuk lepasan SPM di Malaysia. Pelajar SPM boleh mohon biasiswa selagi tarikh permohonan biasiswa belum ditutup. Ada biasiswa untuk belajar di Malaysia dan Luar Negara (Oversea).

Pastikan Biasiswa yang ingin di mohon oleh pelajar lepasan SPM telah membaca syarat-syarat dan maklumat-maklumat yang terkandung didalam web mereka masing-masing. Fahamkan dulu maklumat Biasiswa tersebut.

Permohonan Biasiswa 2011 untuk lepasan SPM Malaysia di senarai kan seperti dibawah.
 
Scholarships 2011 for SPM leaver / candidates in Malaysia are listed below.

SENARAI BIASISWA 2011 SPM LIST OF SCHOLARSHIPS MALAYSIA

Share This:

Stats