Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

14 August 20100 comments


Advertisement

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA)
KEMAS LEPASAN DIPLOMA TAHUN 2011

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti
Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA) KEMAS Lepasan Diploma tahun 2011

1. SYARAT DAN KELAYAKAN
1.1 Pemohon mestilah warganegara Malaysia
1.2 Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
(a) Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak yang di iktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau yang diiktiraf setaraf
dengannya ; dan
(b) Mendapat lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu (dan lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan
.
1.3 Pemohon wanita sahaja layak memohon

2. MAKLUMAT ASAS KURSUS
2.1 Tarikh mula : November 2010 atau tertakluk kepada perubahan
kursus
2.2 Tempat : Institut/ Pusat Latihan KEMAS
2.3 Tempoh : Satu (1) hingga dua (2) bulanatau tertakluk kepada
perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

3. PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN
3.1 Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS 1 Pin. 2005
3.2 Isikan semua maklumat dengan jelas, tepat dan lengkap mengikut butiran yang
dikehendaki seperti dalam borang berkenaan

3.3 Borang ini juga boleh didapati di :
(a) Laman web www.kemas.gov.my ; atau
(b) Ibu Pejabat KEMAS, Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah/Parlimen. Alamat Ibu
Pejabat KEMAS dan Pejabat KEMAS Negeri adalah seperti di dalam iklan

DOWNLOAD Iklan Tawaran

4. PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

4.1 Borang permohonan KEMAS 1 Pin. 2005 yang lengkap disi berserta dengan salinan
Kad Pengenalan, sekeping gambar berukuran pasport, salinan Diploma atau lain-lain
bidang yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, salinan sijil-sijil persekolahan,
salinan Sijil Lahir, salinan Sijil Berhenti Sekolah dan salinan Sijil Kegiatan Luar yang
telah disahkan hendaklah dihantar ke Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Negeri yang dipohon seperti alamat di para 3.3 (b) sebelum tarikh tutup permohonan


4.3 Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan

4.4 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 29 Ogos 2010

6. TEMUDUGA DAN KEPUTUSAN
6.1 Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
6.2 Hanya calon-calon yang berjaya dalam Kursus Asas Sijil Pendidikan Awal Kanak-
Kanak akan dipertimbangkan untuk berkhidmat sebagai Penolong Pegawai
Pembangunan Masyarakat (Pemaju Masyarakat TABIKA) Gred S27 secara
kontrak di KEMAS.
6.3 Calon-calon yang tidak dihubungi selepas enam (6) bulan daripada tarikh tutup
iklan dianggap tidak berjaya.

4.2 Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat permohonan.

MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS

Advertisement
Share this article :
ADS


 
Support : JobsVacancy.my | JobsVacancy.my | JobsVacancy.my
Copyright © 2014. Jawatan Kosong 2014 - All Rights Reserved
Template Created by JobsVacancy.my Published by JobsOnline.My 2014
Proudly powered by Blogger