Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Description
Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:
1. PEREKA (Gred B41)
Syarat Lantikan:
Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; DAN
i. mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan / atau seni lukis; DAN
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mendapat kepujian dalam subjek Lukisan pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai pengalaman dalam bidang seni reka dan / atau seni lukis; ATAU
iii. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mendapat prinsipal dalam subjek Lukisan pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai pengalaman dalam bidang seni reka dan / atau seni lukis; ATAU
iv. diploma dalam bidang seni lukis dan seni reka yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institutsi-institutsi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
v. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
vi. Calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.
2. JURUTERA (Gred J41)
Syarat Lantikan:
a) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan pada Gred J41 ; P1T1 RM2088.25); DAN
b) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
3. ARKITEK (Gred J41)
Syarat Lantikan:
a) ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan pada Gred J41 : P1T3 RM2271.93); DAN
b) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (Gred U41)
Syarat Lantikan:
a) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pemulihan perubatan yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred U41 : P1T1 RM1999.19); DAN
b) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
5. PEGAWAI DIETETIK (Gred U41)
Syarat Lantikan :
i. Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang ilmu kaji diet yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan pada Gred U41 : P1T1 RM1999.19); DAN
ii. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
6. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN (Gred U29)
Syarat Lantikan:
a) Diploma Teknologi Makmal Perubatan daripada Kolej Teknologi Makmal Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6 RM1493.44); DAN
b) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
7. PEGAWAI KEBUDAYAAN (Gred B27)
Syarat Lantikan :
Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; dan
i. (a) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan; DAN
(b) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; ATAU
ii. (a) Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mempunyai pengalaman dalam bidang kebudayaan; DAN
(b) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
iii. (a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(b) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mempunyai pengalaman dalam bidang kebudayaan; ATAU
(c) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred B27 : P1T5 RM1476.80); DAN
(d)lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.
8. AHLI FOTOGRAFI (Gred B17)
Syarat Lantikan :
a) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti di bidang seni foto dan/atau kamera filem atau seni lukis.
b) Calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.
9. PEMBANTU TADBIR (P/O) (Gred N17)
Syarat Lantikan:
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T1 RM820.38) ; ATAU
b) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah daripada UiTM yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T6 RM1069.93); ATAU
c) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T8 RM1169.75); ATAU
d) Sijil dalam bidang kejuruteraan ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9 RM1219.66); DAN
e) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Keutamaan diberi kepada calon-calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan / atau mengambil trengkas)
10. PEMBANTU PERPUSTAKAAN (Gred S17)
Syarat Lantikan:-
(a)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred S17: P1T1 RM820.38); dan
(b)Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu termasuk lulus Ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
11. TUKANG K3 (Gred R9)
Syarat Lantikan:
a) i. tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan;ATAU
ii.pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam, Pekerja Rendah Awam Khas, Pemandu Kenderaan Bermotor, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan; DAN
b) i. mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
ii. lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2.
(Gaji permulaan ialah pada Gred R9: P1T2 RM761.86); DAN
c) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
Umur:
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Pegawai sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.
Cara memohon:
Sila layari laman web UKM : http://www.ukm.my/ejob bagi membuat permohonan secara ‘online’.
Sebarang pertanyaan sila hubungi :-
Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri ujian/temuduga.
Tarikh Tutup Permohonan: 1 Mac 2010
Related posts:
- Jawatan Kosong Pejabat Pembangunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Krai
- Jawatan Kosong Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
- Jawatan Kosong JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU (JHEAT)
- Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Sarawak (SPNS)
- Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
- Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS)
- Jawatan Kosong Majlis Daerah Rembau
- Jawatan Kosong Lembaga Muzium Negeri Pahang
- Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
URL: http://www.index.my
Tags: jawatan kosong 2010, jawatan kosong ukm, kerja kosong 2010
Stats: 557 total views, 11 so far today









Saya Mohd Nasiruddin Bin Samsudin berkelulusan dari Institut Kemahiran Mara mengambil jurusan Sijil Teknologi Mekanikal Lukisan Dan RekaBentuk ingin memohon jawaton kosong dr syarikat tuan/puan..Jika ada kekosongan tuan/puan sudilah untuk menerima saya..0145459433.
saya barie anak renggan berkelulusan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM).saya ingin mengisi jawatan kosong yang berkelayakan dengan keputusan tersebut.saya berumur 21 tahun dan beralamat di NO.221 ,BLOK 7 JLN AU1/1A TAMAN KERAMAT PERMAI 54200 KUALA LUMPUR.seandainya saya diterima tuan/puan dalam bidang ini,saya akan menjalankan tanggugjawab dengan dedikasi dan melaksanakan tugas dengan baik…0132428354