Jawatan Kosong Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM)
Description
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM), Kementerian Kesihatan Malaysia.
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N27)
Syarat Lantikan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan
c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T1); atau
(ii) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5); atau
(iii) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T6)
d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu
(termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Taraf Jawatan: Kontrak
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari
dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan1(a) di atas;atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
Fungsi Bidang Tugas:
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja berkaitan pengurusan kewangan iaitu sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan dan terimaan hasil, penyelenggaraan buku vot, daftar deposit, pengurusan stor dan aset, amanah, perolehan bekalan dan pembangunan menggunakan sistem SAGA (Safe Accounting for Government Agency) dan menguruskan kerja-kerja
yang berkaitan pengurusan personel dan pentadbiran pejabat.
Catatan:
Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman bekerja di dalam bidang pengurusan kewangan.
2. PEMBANTU AM PEJABAT (GRED N1)
Syarat Lantikan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan
c) (i) Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan; dan
(ii) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: P1T2)
Taraf Jawatan: Tetap
Fungsi Bidang Tugas:
-Bertanggungjawab dalam mengedar surat-surat/ dokumen rasmi Jabatan, membuat tugas fotostat, menyusun, menjilid dokumen-dokumen yang di fotostat, mengangkat barang-barang/ alat-alat bekalan daripada ruang stor pejabat dan mengemas
serta menyusun atur bilik mesyuarat sebelum dan selepas mesyuarat
-Bertanggungjawab menguruskan dan menyediakan tempahan makan dan minum bagi mesyuarat/program rasmi Jabatan
-Bertanggungjawab menjaga keselamatan pejabat seperti membuka dan mengunci pintu utama pejabat sebelum/ selepas waktu bekerja.
CARA PERMOHONAN:
Syarat kelayakan bagi setiap jawatan dan borang permohonan jawatan boleh didapati melalui laman web Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, www.healthpromo.gov.my atau dengan datang sendiri dan mengambil borang di pejabat LPKM seperti alamat di bawah:
Pejabat Pentadbiran
Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia
Blok D, Komplek Kementerian Kesihatan
Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur
Borang Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia
Aras Bawah & Aras 1, Blok D
Kementerian Kesihatan Malaysia
Jalan Cenderasari
50590 KUALA LUMPUR
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR.
Setiap borang permohonan jawatan mestilah bersertakan sekeping gambar berukuran passport, salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
a. Kad Pengenalan dan Surat Beranak;
b. Diploma/ Ijazah;
c. Surat Akuan pengiktirafan Ijazah / Diploma / sijil
daripada LAN atau JPA;
d. Surat berhenti sekolah;
e. Sijil- sijil seperti PMR, SPM dan STPM; dan
g. Sijil – sijil lain yang berkaitan
Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam
Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
Hanya pemohon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah mengganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 FEBRUARI 2010.
Related posts:
- Jawatan Kosong Lembaga Tembakau Negara (LTN)
- Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
- Jawatan Kosong Lembaga Muzium Negeri Pahang
- Jawatan Kosong Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Jawatan Kosong Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
- Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia
- Jawatan Kosong LEMBAGA PELABUHAN JOHOR
- Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)
URL: http://www.index.my
Tags: jawatan kosong 2010, jawatan kosong lembaga promosi kesihatan malaysia, kerja kosong 2010
Stats: 581 total views, 1 so far today









Saya Mohd Nasiruddin Bin Samsudin berkelulusan dari Institut Kemahiran Mara mengambil jurusan Sijil Teknologi Mekanikal Lukisan Dan RekaBentuk ingin memohon jawaton kosong dr syarikat tuan/puan..Jika ada kekosongan tuan/puan sudilah untuk menerima saya..0145459433.
saya lepasan spm dalam tahun 2007.kini saya memohon pekerjaan dalam sektor pekeraniaan.saya ingin memohon jawatan kosong dari syarikat tuan.harap maklum,
selamat sejahtera, sya nak dapatkan borong jawatan kosong..
send kat sya nikraiminik@yahoo.com