rss feed
Post a Jobs!










«    »

Jawatan Kosong Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

RM-

Description

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:-

1. PEGAWAI PENYELIDIK (Editor Teknikal) (Gred Q53 / VK7)

Kelayakan:
Ijazah Kedoktoran Falsafah (Ph.D) atau Ijazah Sarjana dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Calon-calon hendaklah yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 10 tahun dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyuntingan artikel saintifik dan teknikal, dan penerbitan jurnal.

2. PEGAWAI PENYELIDIK (Gred Q41 / Q53)

Kelayakan:
Ijazah Kedoktoran Falsafah (Ph.D) atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (Gred F41)

Kelayakan:
Ijazah Sarjana atau Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat/Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

4. PEGAWAI TADBIR (Gred N41)

Kelayakan:
Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

5. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (Gred F29)

Kelayakan:
i) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. atau
ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) atau yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

6. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK (Gred Q27)

Kelayakan:
i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau Sains; atau
(Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai 5 Prinsipal)
ii) Diploma dalam bidang Sains / Sains Kimia / Kimia Industri / Teknologi Makanan / Pertanian / Sains Pertanian / Pengurusan Ladang / Perniagaan Tani yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (Gred N27)

Kelayakan:
i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai 5 Prinsipal)
ii) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam / Pengurusan Perniagaan / Pengurusan Kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

8. PEMBANTU PENYELIDIK (Gred Q17)

Kelayakan:
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan keutamaan kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan Biologi / Kimia / Fizik / Sains; atau,
(ii) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf daripada Politeknik-Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau,
iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan

9. PEMBANTU TADBIR (P/O) (Gred N17)

Kelayakan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas )

10.PEMANDU KENDERAAN (Gred R3)

Kelayakan:
(i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
(ii) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]
(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

11. PEKERJA AWAM (Gred R1)

Kelayakan:
(i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
(ii) Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

UMUR:
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Pegawai sedang berkhidmat yang layak di bawah peruntukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN:
Bagi kakitangan Kerajaan/Badan-badan Berkanun Tempatan yang Lulus Peperiksaan Khas untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)ke jawatan-jawatan yang berkenaan bolehlah memohon melalui jabatan

KEPERLUAN BAHASA:
Jawatan 1,2, 3, 5, 6 & 8
Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan 4, 7 & 9
Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan 10 – 11
Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

PERMOHONAN
(i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Secara Online yang boleh diperolehi dari Laman Web MPOB di alamat : http://www.mpob.gov.my

KLIK SINI UNTUK BORANG SECARA ONLINE

(ii) PEMOHON DIKEHENDAKI MENGGUNAKAN PERMOHONAN SECARA ON-LINE.
(iii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil/resume sehingga dihubungi untuk temuduga.
(iv) Calon-calon bagi permohonan jawatan PEGAWAI PENYELIDIK adalah dikehendaki mengemukakan cadangan penyelidikan dalam bidang kepakaran pengkhususan yang boleh menyumbang kepada industri sawit negara diantara 150 – 200 patah perkataan (berbentuk esei – Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris).
(v)Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
(vi)Tarikh tutup permohonan iklan jawatan pada 16 Februari 2010.

Pertanyaan / Masalah : onlinejob@mpob.gov.my

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogosphere News
  • LinkedIn
  • PDF
  • Ping.fm
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • blogmarks
  • MySpace
  • StumbleUpon
  • email
  • Slashdot

No related posts.


URL: http://www.index.my
Tags: ,
Stats: 696 total views, 1 so far today

Images

Jawatan Kosong Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Sponsored Links

One Response to “Jawatan Kosong Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)”

  1. wan mohd saiful b wan hassan says:

    Saya lepasan sijil kejuruteraan awam di politeknik kota bharu dan kini masih belajar di politeknik yang sama dalam diploma kejuruteraan awam berminat untuk bekerja di MPOB. Jika terdapat kekosongan dengan kelulusan saya boleh hubungi saya di 0173202004, bersedia untuk di temuduga bila-bila masa.

Leave a Reply

Posted By:

jobsmalaysia

ACROSS MALAYSIA


01/02/2010 12:49 pm




263 days, 2 hours






Universiti Putra MalaysiaUniversiti MalayaUniversiti Sains MalaysiaUniversiti Kebangsaan MalaysiaUniversiti Teknologi MalaysiaUniversiti Islam AntarabangsaUniversiti Utara MalaysiaUniversiti Malaysia SarawakUniversiti Malaysia SabahUniversiti Pendidikan Sultan IdrisUniversiti Teknologi MARAUniversiti Sains Islam MalaysiaUniversiti Malaysia TerengganuUniversiti Tun Hussein Onn MalaysiaUniversiti Teknikal Malaysia MelakaUniversiti Malaysia PerlisUniversiti Malaysia PahangUniversiti Darul ImanUniversiti Malaysia KelantanUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia

::- JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia 2010 Information | Informasi Iklan Kerja Kosong 2010 / Jawatan Kosong Terkini 2010 - kerajaan dan Swasta -::

NOTA ADMIN : Maklumat Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta yang disiarkan adalah bertujuan membantu anda dalam mencari pekerjaan
yang sesuai di dalam sektor awam dan swasta, Kami tidak menjamin ketepatan atau kesilapan maklumat yang disiarkan. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab
di atas sebarang kerugian apabila menggunakan maklumat di dalam laman ini. HARAP MAKLUM

Best Malaysian Sites
Business Blogs Business TopOfBlogsblog directory jobs in malaysia Business blogsblog search directoryCareer & Job Blogs - BlogCatalog Blog DirectoryDigNow.netBusiness & Finance (Investing) - TOP.ORGBusiness Blogs - Blog Rankings trace ip


online counteronline counter