rss feed
Post a Jobs!










«    »

Graduate Employability Management Scheme (GEMS)?

RM-

Description

Permohonan Untuk Mengikuti Program Perantisan Siswazah (Apprenticeship Programme) di bawah Khazanah Nasional Berhad – Graduate Employability Management Scheme (GEMS) DibukaLatar Belakang Program

Program ini telah dilancarkan pada 13 Mac 2009 oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri. Program ini adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi sebanyak RM7 bilion yang diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan adalah usaha kerajaan dalam menyediakan lebih banyak peluang latihan dan pekerjaan kepada siswazah di negara ini.

Melalui program ini, Khazanah telah diberi tanggung jawab untuk melatih 12 000 graduan dalam masa 2 tahun. Program yang dicetuskan hasil daripada program Green oleh Khazanah sebelum ini, akan membantu usaha kerajaan dalam menangani masalah pengangguran di kalangan siswazah dengan meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka sebelum diserap masuk ke GLC atau syarikat swasta yang terpilih.

Modul Program

  1. Program GEMS akan dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu pada peringkat pertama, graduan yang terpilih akan mengikuti latihan selama 2.5 bulan bagi membantu meningkatkan kemahiran insaniah, kemahiran komunikasi, memupuk nilai bertanggung jawab terhadap tugas yang telah diberikan di samping meningkatkan tahap keyakinan graduan terbabit dalam menghadapi dunia pekerjaan sebenar. Elaun sebanyak RM 750 sebulan akan diberikan kepada graduan di samping tempat tinggal dan makan minum yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.Pada peringkat kedua, graduan akan ditempatkan di syarikat GLC terpilih untuk menjalani latihan selama 6 bulan. Fasa ini adalah bagi membolehkan graduan mempraktikkan kemahiran yang telah diperoleh di peringkat pertama program di samping memperoleh pengalaman bekerja di syarikat terbabit. Elaun sebanyak RM1000 sebulan akan diberikan kepada graduan.

Syarat permohonan:

  1. Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf (pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana atau Phd adalah tidak layak untuk memohon)
  2. Memperoleh purata minima CGPA sebanyak 2.5
  3. Pemohon mestilah berumur di bawah 27 tahun
  4. Pemohon mestilah menjalani latihan praktikal di syarikat yang telah ditetapkan oleh urusetia.

Cara memohon:

  1. Pemohon mengisi borang permohonan (Klik DI SINI untuk memuat turun borang permohonan) dan menghantar ke alamat seperti di bawah:Graduate Employability Management Scheme (GEMS)
    CareerXcell Sdn. Bhd. (796402-W)
    15th Floor Menara Atlan,
    161B Jalan Ampang,
    50450 KUALA LUMPUR ;

    atau

  2. Pemohon memuat turun borang permohonan dari http://www.mygemsportal.com.my dan menghantar borang permohonan ke alamat seperti di atas; atau
  3. Pemohon mengisi dan menghantar borang permohonan secara online melalui GEMS Community Portal iaitu di http://www.mygemsportal.com.my

Setiap permohonan yang berjaya akan dihubungi oleh pihak CareerXcell Sdn. Bhd.

sumber :
http://www.portal.mohe.gov.my/portal/page/portal/ExtPortal/MOHE_MAIN_PAGE/NEWSEVENTS/ANNOUNCEMENT/news01

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogosphere News
  • LinkedIn
  • PDF
  • Ping.fm
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • blogmarks
  • MySpace
  • StumbleUpon
  • email
  • Slashdot

No related posts.


URL: http://www.index.my
Tags: , ,
Stats: 334 total views, 1 so far today

Images

Graduate Employability Management Scheme (GEMS)?

Sponsored Links

Leave a Reply

Posted By:

jobsmalaysia

ACROSS MALAYSIA


09/02/2010 7:04 am




270 days, 20 hours






Universiti Putra MalaysiaUniversiti MalayaUniversiti Sains MalaysiaUniversiti Kebangsaan MalaysiaUniversiti Teknologi MalaysiaUniversiti Islam AntarabangsaUniversiti Utara MalaysiaUniversiti Malaysia SarawakUniversiti Malaysia SabahUniversiti Pendidikan Sultan IdrisUniversiti Teknologi MARAUniversiti Sains Islam MalaysiaUniversiti Malaysia TerengganuUniversiti Tun Hussein Onn MalaysiaUniversiti Teknikal Malaysia MelakaUniversiti Malaysia PerlisUniversiti Malaysia PahangUniversiti Darul ImanUniversiti Malaysia KelantanUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia

::- JobsMalaysia.Info - Jobs in Malaysia 2010 Information | Informasi Iklan Kerja Kosong 2010 / Jawatan Kosong Terkini 2010 - kerajaan dan Swasta -::

NOTA ADMIN : Maklumat Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta yang disiarkan adalah bertujuan membantu anda dalam mencari pekerjaan
yang sesuai di dalam sektor awam dan swasta, Kami tidak menjamin ketepatan atau kesilapan maklumat yang disiarkan. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab
di atas sebarang kerugian apabila menggunakan maklumat di dalam laman ini. HARAP MAKLUM

Best Malaysian Sites
Business Blogs Business TopOfBlogsblog directory jobs in malaysia Business blogsblog search directoryCareer & Job Blogs - BlogCatalog Blog DirectoryDigNow.netBusiness & Finance (Investing) - TOP.ORGBusiness Blogs - Blog Rankings trace ip


online counteronline counter